Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2020
Seksyen 2
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
(a)
Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh Malaysia Rail Link
Sdn. Bhd., yang disebut “Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini, menurut
Program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga sembilan bilion dan tujuh ratus lima puluh juta ringgit (RM9,750,000,000.00);
Dengan syarat bahawa agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Sukuk Murabahah dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah
Pembiayaan Pusingan Kredit-i Bersindiket Jangka Pendek Islam, yang disebut “Pembiayaan STRC-i” dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi sembilan bilion dan tujuh ratus lima puluh juta ringgit
(RM9,750,000,000.00);
(b)
Pembiayaan STRC-i yang diperoleh atau akan diperoleh oleh Malaysia Rail
Link Sdn. Bhd. dengan amaun agregat prinsipal belum berbayar sehingga tiga bilion ringgit (RM3,000,000,000.00) (atau had prinsipal maksimum agregat lain yang meningkatkan had prinsipal maksimum agregat sehingga
3
tiga bilion dan enam ratus juta ringgit (RM3,600,000,000.00) sebagaimana yang diluluskan oleh pembiaya Pembiayaan STRC-i), tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut dalam subperenggan (a); dan
(c)
jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan Sukuk
Murabahah dan Pembiayaan STRC-i yang disebut dalam subperenggan (a)
dan (b).
Peremitan cukai