Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2021

Seksyen 2

Perintah ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam, yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Syarikat Prasarana Malaysia

Berhad menurut Program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga tujuh belas bilion ringgit (RM17,000,000,000.00) yang disebut sebagai “Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini:

Dengan syarat bahawa agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Sukuk Murabahah dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Kemudahan Kredit Pusingan Islamik Bersindiket yang disebut sebagai “Kemudahan RC-i” dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi tujuh belas bilion ringgit (RM17,000,000,000.00);

P.U. (A) 322 3

(b)

Kemudahan

RC-i yang diperoleh atau akan diperoleh oleh

Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dengan amaun agregat prinsipal belum berbayar tidak melebihi empat bilion ringgit

(RM4,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut dalam subperenggan (a); dan

(c)

jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan Sukuk Murabahah dan Kemudahan RC-i yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b).

Peremitan cukai

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2021