Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2011

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan suatu Perjanjian Kemudahan yang dibuat antara

SRC

International

Sdn.

Bhd.

(“Peminjam”)

dengan

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“Pemberi Pinjam”) berhubung dengan peruntukan kemudahan pinjaman berjangka (“Kemudahan”) sehingga jumlah amaun dua bilion ringgit (RM2,000,000,000.00) kepada Peminjam, yang kena dibayar oleh—

(a)

Peminjam, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah

Jaminan

Pinjaman

(Penetapan

Pertubuhan

Perbadanan)

(SRC International Sdn. Bhd.) 2011 [P.U. (A) 300/2011];

(b)

Kerajaan Malaysia di bawah suatu jaminan yang diberikan oleh Kerajaan

Malaysia menurut Kemudahan itu; dan

(c)

mana-mana pihak lain dalam

Perjanjian

Kemudahan termasuk mana-mana penerima pindahan atau penerima serah hak.

3

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2011