Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2012

Seksyen 2

(1)

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan—

(a)

mana-mana Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial

Islamik yang diterbitkan menurut Program Nota Jangka Sederhana

Islam dan Kertas Komersial Islamik dengan nilai nominal sehingga lapan bilion ringgit (RM8,000,000,000.00) (“Program IMTN dan

ICP”)

oleh

DanaInfra

Nasional

Berhad

(“Penerbit”

atau

“Peminjam”) termasuklah tetapi tidak terhad kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh

Kerajaan Malaysia (“Kerajaan”), yang kena dibayar oleh—

(i)

Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa

Perintah

Jaminan

Pinjaman

(Penetapan

Pertubuhan

P.U. (A) 177 3

Perbadanan)

(DanaInfra

Nasional

Berhad)

2012

[P.U. (A) 176/2012];

(ii)

mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam dan

Kertas Komersial Islamik;

(iii)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program IMTN dan ICP, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan; atau

(iv)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Jaminan itu, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan; dan

(b)

Pembiayaan Pinjaman Bersindiket Revolving Credit Islam dengan amaun agregat prinsipal sehingga lapan bilion ringgit

(RM8,000,000,000.00) (“Pembiayaan SFF-i”) yang diperoleh oleh

Peminjam, termasuklah tetapi tidak terhad kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan

Jaminan itu, yang kena dibayar oleh Peminjam, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan

Pertubuhan Perbadanan) (DanaInfra Nasional Berhad) 2012

[P.U. (A) 176/2012].

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), agregat—

(a)

nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan

Kertas Komersial Islamik yang diterbitkan di bawah Program

IMTN dan ICP;

P.U. (A) 177 4

(b)

amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan SFF-i;

(c)

nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan

Kertas Komersial Islamik yang diterbitkan di bawah Program

IMTN dan ICP; dan

(d)

amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan SFF-i yang dijamin oleh Kerajaan di bawah Jaminan itu, tidak boleh melebihi lapan bilion ringgit (RM8,000,000,000.00).

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2012