Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2012
Seksyen 3
(1)
Apa-apa duti setem yang kena dibayar di bawah Akta Setem 1949
[Akta 378] berkenaan dengan apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islamik,
Program IMTN dan ICP yang diterbitkan oleh Penerbit atau Pembiayaan SFF-i yang diperoleh oleh Peminjam, atau berhubung dengan Jaminan itu hendaklah diremitkan sepenuhnya.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), agregat—
(a)
nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan
Kertas Komersial Islamik yang diterbitkan di bawah Program
IMTN dan ICP;
(b)
amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan SFF-i;
(c)
nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan
Kertas Komersial Islamik yang diterbitkan di bawah Program
IMTN dan ICP; dan
(d)
amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan SFF-i yang dijamin oleh Kerajaan di bawah Jaminan itu,
P.U. (A) 177 5
tidak boleh melebihi lapan bilion ringgit (RM8,000,000,000.00).
Dibuat 31 Mei 2012
[KK/BPKA/M/(S)/889/7/1; PN(PU2)232/VII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 177 6
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)
(NO. 3) ORDER 2012