Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2016

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 4 hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang baginya Akta terpakai menurut kuasa

Perintah

Jaminan

Pinjaman

(Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Lembaga Pembiayaan Perumahan

Sektor Awam) 2016 [P.U. (A) 198/2016];

(b)

mana-mana pemegang Kertas Komersial Islamik atau Nota Jangka

Sederhana Islam;

(c)

mana-mana pemegang Kertas Komersial Konvensional atau Nota Jangka

Sederhana Konvensional;

3

(d)

mana-mana pembiaya Pembiayaan Revolving Credit Islam Bersindiket, yang disebut “Pembiayaan RC-i” dalam Perintah ini;

(e)

mana-mana pembiaya Pembiayaan Kredit Bersindiket, yang disebut

“Pembiayaan Kredit” dalam Perintah ini;

(f)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program Kertas Komersial Islamik dan Nota

Jangka Sederhana Islam, yang disebut “Program ICP dan IMTN” dalam

Perintah ini, atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh

Kerajaan Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan;

(g)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program Kertas Komersial Konvensional dan Nota Jangka Sederhana Konvensional, yang disebut “Program CP dan

MTN” dalam Perintah ini, atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan;

(h)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Pembiayaan RC-i, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan;

(i)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan

Pembiayaan

Kredit, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan; atau 4

(j)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2016