Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2016
Seksyen 4
Pemakaian
(a)
Kertas Komersial Islamik dan Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam menurut Program ICP dan IMTN;
(b)
Kertas Komersial Konvensional dan Nota Jangka Sederhana Konvensional yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Lembaga Pembiayaan
Perumahan Sektor Awam menurut Program CP dan MTN;
(c)
Pembiayaan RC-i yang diperoleh oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam;
(d)
Pembiayaan Kredit yang diperoleh oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan
Sektor Awam; dan
(e)
jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan Kertas Komersial Islamik dan Nota Jangka
Sederhana Islam, Kertas Komersial Konvensional dan Nota Jangka
Sederhana Konvensional, Pembiayaan RC-i dan Pembiayaan Kredit:
5
Dengan syarat bahawa agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Kertas Komersial Islamik dan Nota Jangka Sederhana Islam, nilai nominal belum berbayar Kertas Komersial Konvensional dan Nota
Jangka Sederhana Konvensional, amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan RC-i dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah
Pembiayaan Kredit, hendaklah tidak melebihi dua puluh lima bilion ringgit (RM25,000,000,000.00).
Dibuat 13 Julai 2016
[KK/SID/(S)/393/650 (SK. 2); PN(PU2)232/XI]
DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
6
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)
(NO. 3) ORDER 2016