Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2017

Seksyen 2

Perintah ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

Nota Jangka Sederhana Islam, yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh

Prasarana Malaysia Berhad menurut Program Terbitan Nota Jangka

Sederhana Islam, yang disebut “Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini, dengan nilai nominal sehingga sepuluh bilion ringgit (RM10,000,000,000.00):

Dengan syarat bahawa agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Sukuk Murabahah dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan Kredit Pusingan, yang disebut “Pembiayaan RC-i”

dalam

Perintah ini, hendaklah tidak melebihi sepuluh bilion ringgit (RM10,000,000,000.00);

(b)

Pembiayaan RC-i yang diperoleh atau akan diperoleh oleh Prasarana

Malaysia Berhad dengan amaun agregat prinsipal tidak melebihi tiga bilion ringgit (RM3,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung

3

yang disebut dalam subsubperenggan (a); dan

(c)

jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan Sukuk Murabahah dan Pembiayaan RC-i.

Peremitan cukai

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2017