Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2017

Seksyen 3

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

Prasarana Malaysia Berhad (dahulunya dikenali sebagai Syarikat

Prasarana Negara Berhad) yang baginya Akta Jaminan Pinjaman

(Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa di bawah

Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)

(Syarikat Prasarana Negara Berhad) 2001 [P.U. (A) 351/2001];

(b)

mana-mana pemegang Sukuk Murabahah; atau

(c)

mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 3 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2017