Seksyen 4
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
of Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) (No. 3) 2018
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Pembiayaan Terma Murabahah dan jaminan Pembiayaan Terma
Murabahah hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang baginya
Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)
(Perbadanan
Tabung
Pendidikan
Tinggi
Nasional)
2004
[P.U. (A) 408/2004]; atau
(b)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Pembiayaan Terma Murabahah dan jaminan
Pembiayaan Terma Murabahah, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem