Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2020
Seksyen 2
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
(a)
Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islam yang diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad menurut Program Nota Jangka Sederhana
Islam dan Kertas Komersial Islam yang disebut “Program IMTN dan ICP”
dalam Perintah ini, dengan nilai nominal sehingga sepuluh bilion ringgit
(RM10,000,000,000.00):
Dengan syarat bahawa agregat digabungkan nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islam dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Kemudahan Pusingan Kredit
Islam Bersindiket yang disebut “Kemudahan SFF-i” dalam Perintah ini, tidak boleh melebihi sepuluh bilion ringgit (RM10,000,000,000.00);
P.U. (A) 240 3
(b)
Kemudahan SFF-i dalam amaun prinsipal belum berbayar agregat tidak melebihi empat bilion ringgit (RM4,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat digabungkan yang disebut dalam subperenggan (a);
(c)
Program IMTN dan ICP yang telah dipertingkatkan dengan nilai nominal daripada enam puluh satu bilion ringgit (RM61,000,000,000.00) kepada nilai agregat maksimum sehingga tujuh puluh satu bilion ringgit
(RM71,000,000,000.00); dan
(d)
jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan
Program IMTN dan ICP dan Kemudahan SFF-i.
Peremitan cukai