Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2021
Seksyen 2
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
(a)
Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islam yang diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad menurut Program Nota Jangka Sederhana
Islam dan Kertas Komersial Islam yang disebut “Program IMTN dan ICP”
dalam Perintah ini;
(b)
Kemudahan Pusingan Kredit Bersindiket yang diperoleh oleh DanaInfra
Nasional Berhad yang disebut “Kemudahan RC-i” dalam Perintah ini; dan
(c)
jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan
Program IMTN dan ICP dan Kemudahan RC-i:
Dengan syarat bahawa agregat digabungkan nilai nominal belum berbayar Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islam yang diterbitkan menurut Program IMTN dan ICP dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Kemudahan RC-i tidak boleh melebihi tujuh bilion enam ratus juta ringgit (RM7,600,000,000.00).
P.U. (A) 366 3
Peremitan cukai