Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2021

Seksyen 3

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]

oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

DanaInfra Nasional Berhad yang baginya Akta terpakai menurut kuasa

Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)

(DanaInfra Nasional Berhad) 2012 [P.U. (A) 176/2012];

(b)

mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial

Islam yang diterbitkan menurut Program IMTN dan ICP;

(c)

mana-mana pembiaya Kemudahan RC-i; atau

(d)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 3 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2021