Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2023
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]
oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
DanaInfra Nasional Berhad yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (DanaInfra Nasional
Berhad) 2012 [P.U. (A) 176/2012];
(b)
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam dan pemegang Kertas
Komersial Islam menurut Program IMTN dan ICP;
(c)
mana-mana pembiaya Kemudahan SFF-i; atau
(d)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen yang berhubungan dengan kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
P.U. (A) 263 4
Peremitan duti setem