Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2011

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan mana-mana Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan menurut Program

Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sebanyak tiga ratus dan tiga puluh juta ringgit (RM330,000,000.00) (“Program IMTN”) oleh Senai Airport Terminal

Services Sdn. Bhd. (“Penerbit”) termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang kena dibayar oleh

(a)

Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan

Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Senai Airport Terminal

Services Sdn. Bhd.) 2011 [P.U. (A) 367/2011];

(b)

mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam;

(c)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program IMTN tersebut, termasuk mana-mana

3

pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen tersebut dipindahkan atau diserahhakkan; atau

(d)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Jaminan tersebut, termasuk mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen tersebut dipindahkan atau diserahhakkan.

.

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2011