Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2012

Seksyen 2

Peremitan cukai

[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan mana-mana Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah yang diterbitkan menurut Program Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah dengan nilai nominal sebanyak tiga bilion ringgit (RM3,000,000,000.00) (“Program IMTN”) oleh Bank

Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (“Penerbit”) termasuklah tetapi tidak terhad kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang kena dibayar oleh—

(a)

Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan

Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Bank Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia Berhad) 2008 [P.U. (A) 396/2008];

(b)

mana-mana pemegang Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah; atau

(c)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Nota Berjangka Sederhana Berasaskan Syariah,

Program IMTN atau Jaminan, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya

P.U. (A) 186 3

perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2012