Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2013
Seksyen 2
(1)
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Sukuk Ijarah yang diterbitkan oleh Penerbit termasuk apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Jaminan, oleh—
(a)
Penerbit;
(b)
mana-mana pemegang Sukuk Ijarah; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Ijarah atau Jaminan, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
(2)
Bagi maksud Perintah ini—
(a)
“Jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh
Kerajaan Malaysia;
P.U. (A) 264 3
(b)
“Penerbit” ertinya Syarikat Prasarana Negara Berhad, yang baginya
Akta ini terpakai menurut kuasa di bawah Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)(Syarikat Prasarana
Negara Berhad) 2001 [P.U. (A) 351/2001]; dan
(c)
“Sukuk Ijarah” ertinya Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan menurut Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal dua bilion ringgit (RM2,000,000,000.00).
Peremitan duti setem