Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2014
Seksyen 2
Hendaklah diremitkan sepenuhnya apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah
Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dan apa-apa duti setem yang kena dibayar di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378] berhubung dengan Perjanjian Kemudahan
Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah berjumlah sehingga dua ribu lima ratus juta ringgit (RM2,500,000,000.00) atau jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia ke atas Perjanjian Kemudahan itu—
(a)
oleh Maybank Islamic Bank Berhad dan Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional, yang baginya Akta ini terpakai menurut Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional) 2004 [P.U. (A) 408/2004], sebagai pihak-pihak kepada Perjanjian Kemudahan itu; dan
(b)
oleh mana-mana pihak yang kepadanya Perjanjian Kemudahan itu dipindahkan atau diserahhakkan.
P.U. (A) 297 3
Dibuat 20 Oktober 2014
[KK/BPKA/M/(S)/696/1 Jld.8; PN(PU2)232/X]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 297 4
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) (REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY)
(NO. 4) ORDER 2014