Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 5) 2018
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]
oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Nota Jangka Sederhana Islamik dan Kertas Komersial Islamik, dan
Pembiayaan
SFF-i dan jaminan
Nota
Jangka
Sederhana
Islamik dan
Kertas Komersial Islamik, dan Pembiayaan SFF-i, hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
DanaInfra Nasional Berhad yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan
Perbadanan)
1965
terpakai menurut kuasa
Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)
(DanaInfra Nasional Berhad) 2012 [P.U. (A) 176/2012];
(b)
mana-mana pemegang
Nota
Jangka
Sederhana
Islamik dan
Kertas Komersial Islamik itu;
(c)
mana-mana pembiaya Pembiayaan SFF-i itu; atau
(d)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Nota Jangka Sederhana Islamik dan
Kertas Komersial Islamik itu, dan Pembiayaan SFF-i itu dan jaminan
Nota Jangka Sederhana Islamik dan Kertas Komersial Islamik itu, dan Pembiayaan SFF-i itu, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem