Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 5) 2020
Seksyen 2
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
(a)
Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh
Perbadanan
Tabung
Pendidikan
Tinggi
Nasional menurut
Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga dua belas bilion tiga ratus juta ringgit
(RM12,300,000,000.00);
Dengan syarat bahawa agregat digabungkan nilai nominal belum berbayar Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam, dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pinjaman Bersindiket atau
Dua Hala, atau Kemudahan Pembiayaan yang diperoleh atau akan diperoleh oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, yang disebut “Kemudahan Kredit” dalam Perintah ini, tidak melebihi dua belas bilion tiga ratus juta ringgit (RM12,300,000,000.00);
(b)
Kemudahan Kredit tertakluk kepada agregat digabungkan yang disebut dalam proviso kepada subperenggan (a);
3
(c)
Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga dua belas bilion tiga ratus juta ringgit
(RM12,300,000,000.00); dan
(d)
jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan
Kemudahan Kredit dan Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka
Sederhana Islam yang disebut dalam subperenggan (b) dan (c).
Peremitan cukai