Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 6) 2012

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]

hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen yang berhubung dengan penerbitan mana-mana sekuriti berasaskan Syariah sehingga jumlah dua billion ringgit

(RM2,000,000,000.00) (“Sukuk Murabahah”) oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad

(“Penerbit”) termasuklah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang kena dibayar oleh

(a)

Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan

Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Syarikat Prasarana

Negara Berhad) 2001 [P.U. (A) 351/2001];

(b)

mana-mana pemegang Sukuk Murabahah; atau

(c)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan

Sukuk

Murabahah atau

Jaminan, termasuklah mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

P.U. (A) 271 3

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 6) 2012