Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 6) 2017

Seksyen 2

Perintah ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

Nota Jangka Sederhana Islam, yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh

Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia menurut Program Nota Jangka

Sederhana Islam, yang disebut “Sukuk Murabahah” dalam Perintah ini, dengan nilai nominal sehingga lima bilion ringgit (RM5,000,000,000.00):

Dengan syarat bahawa agregat bergabung nilai nominal belum berbayar Sukuk Murabahah dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah

Pembiayaan Kredit Pusingan Islam, yang disebut “Pembiayaan GGRC-i”

dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi lima bilion ringgit

(RM5,000,000,000.00);

(b)

Pembiayaan GGRC-i yang diperoleh atau akan diperoleh oleh Perbadanan

Perumahan Rakyat 1Malaysia dengan amaun agregat prinsipal tidak melebihi dua bilion lima ratus juta ringgit (RM2,500,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut dalam subsubperenggan (a); dan 3

(c)

jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan Sukuk Murabahah dan Pembiayaan GGRC-i.

Peremitan cukai

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 6) 2017