Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
of Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) (No. 6) 2017
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia yang baginya Akta Jaminan
Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa di bawah
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan)
(Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia) 2017 [P.U. (A) 99/2017];
(b)
mana-mana pemegang Sukuk Murabahah;
(c)
mana-mana pembiaya Pembiayaan GGRC-i; atau
(d)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem