Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 7) 2012
Seksyen 2
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan mana-mana Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan menurut Program
Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga lima bilion tiga ratus sebelas juta ringgit (RM5,311,000,000.00) (“Program IMTN”) oleh Turus Pesawat Sdn.
Bhd. (“Penerbit”) termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan jaminan (“Jaminan”) yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang kena dibayar oleh—
(a)
Penerbit, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Turus Pesawat Sdn. Bhd.)
2012 [P.U. (A) 361/2012];
(b)
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program IMTN atau Jaminan, termasuk
3
mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen tersebut dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem