Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 7) 2017
Seksyen 2
Perintah ini hendaklah terpakai bagi—
(a)
Kertas Komersial Islamik dan Nota Jangka Sederhana Islam, yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad menurut Program Kertas
Komersial Islamik dan Program Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal sehingga tiga belas bilion ringgit (RM13,000,000,000.00):
Dengan syarat bahawa agregat bergabung nilai nominal belum berbayar
Kertas Komersial Islamik dan Nota Jangka Sederhana Islam dan amaun prinsipal belum berbayar di bawah Pembiayaan Kredit Pusingan Islam Bersindiket, yang disebut “Pembiayaan RC-i” dalam Perintah ini, hendaklah tidak melebihi tiga belas bilion ringgit (RM13,000,000,000.00);
(b)
Pembiayaan RC-i yang diperoleh atau akan diperoleh oleh DanaInfra Nasional
Berhad dengan amaun agregat prinsipal tidak melebihi empat bilion ringgit (RM4,000,000,000.00) tertakluk kepada agregat bergabung yang disebut
3
dalam subsubperenggan (a); dan
(c)
jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan Kertas Komersial Islamik, Nota Jangka Sederhana Islam dan Pembiayaan RC-i.
Peremitan cukai