Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 8) 2012

Seksyen 2

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] hendaklah diremitkan sepenuhnya berkenaan dengan suatu Perjanjian

Kemudahan yang dibuat antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)

(“Peminjam”) dengan CIMB Islamic Bank Berhad (“Pemberi Pinjam”) berhubungan dengan peruntukan Fasiliti Pinjaman Jangka Masa-i di bawah konsep Bai’ al-‘Inah

(“Kemudahan”) sehingga jumlah amaun dua ratus juta ringgit (RM200,000,000.00)

kepada Peminjam, yang kena dibayar oleh—

(a)

Peminjam, yang baginya Akta ini terpakai menurut kuasa Perintah

Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Perbadanan

Kemajuan Negeri Pahang) 2012;

(b)

Kerajaan Malaysia di bawah suatu jaminan yang diberikan oleh Kerajaan

Malaysia menurut Kemudahan itu; dan

(c)

mana-mana pihak lain dalam Perjanjian Kemudahan itu termasuk mana-mana penerima pindahan atau penerima serah hak.

P.U. (A) 424 3

Peremitan duti setem

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 8) 2012