Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KASTAM (DUTI ANTI-LAMBAKAN) (KAJIAN SEMULA DIPERCEPAT) (NO. 2) 2021
Seksyen 2
Pengenaan duti anti-lambakan di bawah
Perintah
Kastam
(Duti Anti-Lambakan)(Kajian Semula Pentadbiran)(No. 2) 2021 [P.U. (A) 312/2021]
hendaklah tidak dikenakan kepada Shandong Ruifeng Composite Material Co. Ltd.
pengeksport gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna dari
Republik Rakyat China semasa kajian semula dipercepat sedang dijalankan dari 17 Disember 2021 hingga 15 Jun 2022.
Dibuat 16 Disember 2021
[SULIT KE.HT(96)669/12-249 Klt.10 Sk.9; MOF.TAX(S)700-4/1/714(21); PN(PU2)338D/Jld. 6]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di hadapan
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 11(2)
Akta Kastam 1967]
P.U. (A) 452 3
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993 AND CUSTOMS ACT 1967
CUSTOMS (ANTI-DUMPING DUTIES)
(EXPEDITED REVIEW) (NO. 2) ORDER 2021