Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Penjenisan barang-barang
(1)
Penjenisan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah mematuhi
Rukun Tafsiran Am Sistem Berharmonis di bawah Konvensyen Antarabangsa Sistem
Deskripsi Komoditi Harmonis dan Pengkodan dalam Perintah Duti Kastam 2017
[P.U. (A) 5/2017].
P.U. (A) 362 3
(2)
Nombor kepala atau subkepala yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual diperuntukkan bagi kemudahan rujukan dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan barang-barang yang diperihalkan dalam ruang (2).
Kesan terhadap duti import dan cukai jualan