Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KASTAM (DUTI ANTI-LAMBAKAN) (NO. 3) 2020 (PINDAAN) 2021
Seksyen 2
Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2020 [P.U. (A) 348/2020], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam perenggan 2—
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subperenggan (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan (1) yang dinomborkan semula subperenggan yang berikut:
“ (2)
Walau apa pun subperenggan 2(1), duti anti-lambakan tidak dikenakan ke atas barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual yang dieksport dari Republik Rakyat
China oleh pengeluar atau pengeksport Yieh Phui (China)
Technomaterial Co., Ltd. dan Republik Sosialis Viet Nam oleh pengeluar atau pengeksport Southern Steel Sheet Co., Ltd.”.
P.U. (A) 165 3
Pindaan Jadual