Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH KAWALAN BEKALAN (PENGECUALIAN) 2014

Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), penjual borong yang menjual kepada pembeli atau pembeli yang membeli daripada penjual borong, apa-apa barang berjadual yang dinyatakan dalam Jadual adalah dikecualikan daripada kehendak di bawah subperaturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 [P.U. (A) 103/1974].

(2)

Penjualan atau pembelian apa-apa barang berjadual yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah bagi maksud kegunaan sendiri pembeli itu sahaja.

(3)

Dalam perenggan ini, “penjual borong” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan

Bekalan 1974 untuk berniaga apa-apa barang berjadual secara borong.

P.U. (A) 94 3