Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Syarat pengecualian
Pengecualian di bawah perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
pemegang lesen itu hendaklah memastikan bahawa bekalan gas petroleum cecair di Sarawak mencukupi pada setiap masa;
(b)
pemegang lesen itu hendaklah memastikan bahawa bekalan gas petroleum cecair yang diedar, diimport atau diruncitkan olehnya adalah hanya untuk pemasaran di pasaran Sarawak melainkan dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Menteri;
(c)
pemegang lesen itu hendaklah memastikan bahawa harga bersubsidi gas petroleum cecair mengikut harga yang ditentukan oleh Pengawal Harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723];
P.U. (A) 240 3
(d)
pemegang lesen itu hendaklah memperoleh bekalan gas petroleum cecair bersubsidi daripada pembekal sebagaimana yang ditentukan oleh
Kementerian Kewangan; dan
(e)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang dikenakan oleh Menteri melalui notis.
Dibuat 25 Mei 2021
[KPDNKK 600-1/2/57; PN(PU2)188/XII]
DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
P.U. (A) 240 4
CONTROL OF SUPPLIES ACT 1961
CONTROL OF SUPPLIES (EXEMPTION) ORDER 2021