Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Seksyen 3

Penandaan caj perkhidmatan

(1)

Mana-mana pemilik, pengurus atau pengendali sesuatu hotel atau restoran yang mengenakan caj perkhidmatan hendaklah menandakan caj perkhidmatan itu seperti yang berikut:

(a)

jika harga barangan atau caj bagi perkhidmatan yang ditentukan oleh pemilik, pengurus atau pengendali hotel atau restoran itu tertakluk kepada caj perkhidmatan, dengan menggunakan ungkapan “SEMUA HARGA ATAU CAJ TERTAKLUK KEPADA _____%

CAJ PERKHIDMATAN”; atau

(b)

jika harga barangan atau caj bagi perkhidmatan yang ditentukan oleh pemilik, pengurus atau pengendali hotel atau restoran itu termasuk caj perkhidmatan, dengan menggunakan ungkapan

“SEMUA

HARGA

ATAU

CAJ

TERMASUK

_____%

CAJ

PERKHIDMATAN”.

(2)

Pemilik, pengurus atau pengendali hotel atau restoran itu hendaklah memasukkan peratusan caj perkhidmatan yang dikenakan dalam ungkapan yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Tanda yang menggunakan ungkapan yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) atau (b) hendaklah dipamerkan di pintu masuk hotel atau restoran, atau di mana-mana tempat lain yang mudah dilihat di hotel atau restoran itu.

(4)

Ungkapan yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) atau (b)

hendaklah—

(a)

dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa kebangsaan yang diikuti dengan terjemahan ungkapan itu dalam mana-mana bahasa lain; dan

P.U. (A) 79 4

(b)

ditulis tangan atau dicetak dengan huruf besar dengan ketinggian penghurufan yang tidak kurang daripada lima sentimeter.

(5)

Mana-mana pemilik, pengurus atau pengendali hotel atau restoran yang tidak mematuhi subperenggan (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Dibuat 23 April 2015

[KPDN(BUU)PU2/26/5/81; PN(PU2)695/IX]

DATO’ SRI HASAN BIN MALEK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan

P.U. (A) 79 5

PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING ACT 2011

PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING

(MARKING OF SERVICE CHARGE FOR HOTEL AND RESTAURANT) ORDER 2015

Section 3 — PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015