Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tiap-tiap penjual runcit barangan hendaklah meletakkan label, teg atau tanda pada barangan itu, atau pada beg atau bekas barangan itu, yang menunjukkan harga tunai bagi setiap unit, setiap unit timbangan atau sukatan barangan itu, yang dipamerkan sama ada untuk jualan atau sebagai contoh barangan jualan di dalam premis penjual runcit itu.
(2)
Jika disebabkan jenis atau saiz barangan itu adalah tidak praktikal diletakkan label, teg, atau tanda pada barangan itu, atau pada beg atau bekas barangan itu mengikut subperenggan (1), tiap-tiap penjual runcit barangan itu hendaklah menyenggara dan mempamerkan suatu senarai yang memperihalkan barangan itu supaya barangan itu dapat dikenal pasti dengan secukupnya dan menunjukkan dengan jelas harga bagi setiap unit, setiap unit timbangan atau sukatan barangan itu.
(3)
Harga barangan yang disebut dalam subperenggan (1) dan (2), hendaklah dalam ringgit atau sen.
(4)
Label, teg, tanda atau senarai yang memperihalkan barangan itu yang disebut dalam subperenggan (1) dan (2) hendaklah—
P.U. (A) 314 3
(a)
dalam bahasa kebangsaan atau dalam keadaan label, teg atau tanda itu atau senarai itu yang pada asalnya bukan dalam bahasa kebangsaan, terjemahannya; dan
(b)
dalam saiz dan warna yang sebegitu rupa dan yang diletakkan dengan sebegitu cara supaya mudah dilihat dengan jelas oleh mana-mana orang yang bercadang untuk membeli barangan itu.
(5)
Jika harga runcit yang disyorkan bagi barangan dipaparkan pada mana-mana bahagian barangan itu, harga runcit yang disyorkan itu tidak menjadi sebahagian daripada penandaan harga barangan itu di bawah Perintah ini.
(6)
Dalam perenggan ini, “penjual runcit” ertinya mana-mana orang yang menjual barangan secara runcit.
Penandaan harga caj bagi perkhidmatan