Skip to content

Seksyen 2

Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Ubat) 2025

P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2

"farmasi komuniti" ertinya—

(a)

mana-mana premis yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli farmasi berdaftar yang mempunyai lesen Jenis A untuk menjual atau membekal racun secara runcit atau borong dan runcit di bawah

Akta Racun 1952 [Akta 366]; dan

(b)

aktiviti yang dikawal selia oleh premis yang dinyatakan dalam perenggan (a) hanyalah aktiviti berhubung dengan peruncitan ubat dan tidak termasuk aktiviti borong;

“kemudahan jagaan kesihatan swasta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

P.U. (A) 141 3

“ubat” ertinya—

(a)

apa-apa keluaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 2

Peraturan-Peraturan

Kawalan

Dadah dan

Kosmetik 1984

[P.U. (A) 223/1984]; dan

(b)

apa-apa ubat yang digunakan oleh manusia dan bagi kegunaan manusia.