Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BAGI UBAT) 2025
Seksyen 3
(1)
Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta atau farmasi komuniti yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa ubat hendaklah menandakan ubat itu seperti yang berikut:
(a)
bagi ubat yang dipaparkan untuk jualan dan boleh diakses atau dilihat oleh pengguna, label, tag atau tanda harga itu hendaklah diletakkan pada ubat itu, atau pada beg atau bekas ubat itu; dan
(b)
bagi ubat yang tidak dipaparkan untuk jualan atau diletakkan di belakang kaunter yang tidak boleh diakses atau dilihat oleh pengguna, suatu senarai harga jualan yang memperihalkan maklumat ubat yang hendak dijual, dibekalkan atau diberikan kepada pengguna hendaklah diselenggara dan dipaparkan.
(2)
Senarai harga jualan ubat yang dipaparkan itu—
(a)
hendaklah mengandungi nama generik atau bahan aktif ubat, kekuatan, nama dagangan dan harga jualan bagi setiap unit, bagi setiap unit timbangan atau sukatan ubat itu;
(b)
hendaklah dalam bentuk fizikal, media elektronik, skrin elektronik atau apa-apa alat atau peranti yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti itu; dan
P.U. (A) 141 4
(c)
boleh diakses dan dilihat oleh pengguna.
(3)
Label, tag atau tanda harga yang ditandakan pada sesuatu ubat atau senarai harga jualan ubat yang memperihalkan sesuatu ubat itu hendaklah—
(a)
dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam keadaan label, tag, tanda harga atau senarai itu yang pada asalnya bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris, terjemahannya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris;
(b)
dalam saiz dan warna yang sebegitu rupa dan yang diletakkan dengan sebegitu cara supaya mudah dilihat dengan jelas oleh mana-mana pengguna yang bercadang untuk membeli ubat itu; dan
(c)
dalam ringgit atau sen.
(4)
Jika harga runcit yang disyorkan bagi ubat itu dipaparkan pada mana-mana bahagian ubat itu, harga runcit yang disyorkan itu tidak menjadi sebahagian daripada penandaan harga ubat atau senarai harga jualan ubat itu di bawah Perintah ini.
Penalti