Seksyen 4
Seseorang adalah dikecualikan daripada larangan yang dikenakan—
of Perintah Kawalan Pertukaran Wang (Import dan Eksport) (Am) 2012
(a)
di bawah subseksyen 24(1) Akta bagi pengimportan—
(i)
wang kertas ringgit yang tidak melebihi jumlah agregat bersamaan dengan sepuluh ribu Dolar Amerika Syarikat oleh mana-mana
P.U. (A) 34 3
pengembara ke Malaysia, pada dirinya atau dalam bagasinya atau selainnya dalam milikannya dalam mana-mana kapal, pesawat atau kenderaan dari suatu tempat di luar Malaysia;
(ii)
apa-apa Bil Perbendaharaan; dan
(iii)
apa-apa sijil hak milik bagi apa-apa sekuriti; dan
(b)
di bawah subseksyen 25(1) Akta bagi pengeksportan—
(i)
wang kertas ringgit yang tidak melebihi jumlah agregat bersamaan dengan sepuluh ribu Dolar Amerika Syarikat oleh mana-mana pengembara apabila meninggalkan Malaysia, pada dirinya atau dalam bagasinya atau selainnya dalam milikannya dalam mana-mana kapal, pesawat atau kenderaan ke mana-mana destinasi di luar Malaysia;
(ii)
apa-apa wang kertas asing;
(iii)
apa-apa wang pos;
(iv)
apa-apa Bil Perbendaharaan;
(v)
apa-apa sijil hak milik bagi apa-apa sekuriti dan kupon;
(vi)
apa-apa polisi insurans;
(vii)
apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang yang dinyatakan dalam mata wang asing dan boleh dibayar di mana-mana wilayah di luar Malaysia;
(viii)
apa-apa dokumen di mana seksyen 7 Akta terpakai dan bukan dikeluarkan oleh seorang peniaga yang diberi kuasa atau menurut
P.U. (A) 34 4
suatu kebenaran yang diberikan oleh Pengawal; dan
(ix)
apa-apa dokumen yang memperakui kemusnahan, kehilangan atau pembatalan apa-apa dokumen yang ditentukan dalam subsubperenggan 4(b)(v) hingga (viii).