Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KAWALAN PERTUKARAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) (PENGECUALIAN) 2011
Seksyen 2
Dalam Perintah ini
“Akta” ertinya Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953;
“ejen perniagaan perkhidmatan wang” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
[Akta 731];
“pemegang lesen” ertinya seorang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan pengiriman wang di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011;
“perniagaan pengiriman wang” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.