Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH KAWALAN PERTUKARAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) (PENGECUALIAN) 2011

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Seorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wangnya adalah dikecualikan daripada larangan di bawah

3

(a)

subseksyen 4(1) Akta berkenaan dengan

(i)

pembelian mata wang asing daripada;

(ii)

penjualan mata wang asing kepada; atau

(iii)

pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pembelian mata wang asing daripada atau penjualan mata wang asing kepada, mana-mana orang di dalam Malaysia;

(b)

seksyen 4A Akta berkenaan dengan pengeluaran atau penerbitan, atau selainnya yang memudahkan pengeluaran atau penerbitan oleh mana-mana orang, sesuatu iklan berhubungan dengan pembelian atau penjualan mata wang asing;

(c)

perenggan 8(a) dan (b) Akta berkenaan dengan apa-apa pembayaran dalam Malaysia kepada atau untuk kredit

(i)

seseorang bukan pemastautin; dan

(ii)

seseorang pemastautin atas arahan atau bagi pihak seseorang bukan pemastautin;

(d)

subseksyen 9(1) Akta berkenaan dengan pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, membuat apa-apa bayaran ke luar Malaysia dan pembayaran itu adalah untuk atau bagi kredit seorang bukan pemastautin; dan

(e)

subseksyen 10(1) Akta berkenaan dengan

4

(i)

membuat apa-apa bayaran kepada atau bagi kredit seseorang pemastautin di Malaysia; atau

(ii)

pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, membuat apa-apa bayaran ke luar Malaysia, sebagai balasan untuk, atau berkaitan dengan, penerimaan oleh mana-mana orang suatu bayaran yang dibuat di luar Malaysia atau untuk pemindahan kepada mana-mana orang suatu hak untuk menerima suatu bayaran di luar Malaysia.

(2)

Seorang yang mengendalikan sistem pengiriman wang yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen 40(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 yang digunakan oleh seseorang pemegang lesen dan ejen perniagaan perkhidmatan wangnya adalah dikecualikan daripada larangan di bawah

(a)

perenggan 8(a) dan (b) Akta, berkenaan dengan apa-apa pembayaran dalam Malaysia kepada atau untuk kredit 

(i)

seorang bukan pemastautin; dan

(ii)

seorang pemastautin atas arahan atau bagi pihak seorang bukan pemastautin;

(b)

subseksyen 9(1) Akta berkenaan dengan pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, membuat apa-apa bayaran ke luar Malaysia dan pembayaran itu adalah untuk atau bagi kredit seorang bukan pemastautin; dan

(c)

subseksyen 10(1) Akta berkenaan dengan

5

(i)

apa-apa bayaran yang dibuat kepada atau bagi kredit seorang pemastautin di Malaysia; atau

(ii)

pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, membuat apa-apa bayaran ke luar Malaysia, sebagai balasan untuk, atau berkaitan dengan, penerimaan oleh mana-mana orang suatu bayaran yang dibuat di luar Malaysia atau untuk pemindahan kepada mana-mana orang suatu hak untuk menerima suatu bayaran di luar Malaysia.

Dibuat 15 November 2011

[BNM/JUN 1119/67/03; PN(PU2)206/III]

TAN SRI DATO' SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ

Pengawal Pertukaran Wang Asing

6

EXCHANGE CONTROL ACT 1953

EXCHANGE CONTROL (REMITTANCE BUSINESS) (EXEMPTION) ORDER 2011

Section 3 — PERINTAH KAWALAN PERTUKARAN WANG (PERNIAGAAN PENGIRIMAN WANG) (PENGECUALIAN) 2011