Seksyen 3
Pengecualian
of Perintah Kawalan Pertukaran Wang (Perniagaan Pengurupan Wang) (Pengecualian) 2011
Seorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wangnya adalah dikecualikan daripada larangan di bawah
(a)
subseksyen 4(1) Akta berkenaan dengan
(i)
pembelian mata wang asing daripada;
(ii)
penjualan mata wang asing kepada; atau
(iii)
pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pembelian mata wang asing daripada atau penjualan mata wang asing kepada, mana-mana orang di dalam Malaysia; dan
(b)
seksyen 4A Akta berkenaan dengan pengeluaran atau penerbitan, atau selainnya yang memudahkan pengeluaran atau penerbitan oleh mana-mana orang, sesuatu iklan berhubungan dengan pembelian atau penjualan mata wang asing.
Pembatalan