Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH KAWALAN PERTUKARAN WANG (TABUNG INFRASTRUKTUR ASEAN) (PENGECUALIAN) 2012
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Tabung Infrastruktur ASEAN hendaklah dianggap sebagai bukan pemastautin bagi maksud Akta.
(2)
Tertakluk kepada subperenggan (3), (4) dan (5), semua transaksi yang
P.U. (A) 307 3
dilakukan oleh Tabung Infrastruktur ASEAN dan pegawai Tabung Infrastruktur ASEAN dalam menjalankan maksud dan fungsi Tabung Infrastruktur ASEAN dikecualikan daripada obligasi dan larangan yang dikenakan di bawah Akta.
(3)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam
Akta,
Tabung
Infrastruktur ASEAN atau pegawainya hendaklah hanya membeli atau menjual mata wang asing bagi ringgit dengan bank saudagar berlesen.
(4)
Tabung Infrastruktur ASEAN atau pegawainya tidak boleh membuat apa-apa pembayaran kepada mana-mana orang di luar Malaysia melainkan jika pembayaran itu dibuat dalam mata wang asing.
(5)
Tabung Infrastruktur ASEAN tidak boleh menggunakan dana ringgit, yang diperoleh daripada pengeluaran mana-mana sekuriti hutang yang dinyatakan dalam nilai ringgit, di luar Malaysia melainkan jika Tabung Infrastruktur ASEAN membuat suatu perjanjian swap ringgit bagi mata wang asing, bagi amaun yang bersamaan dengan nilai sekuriti hutang yang dikeluarkan, di dalam Malaysia, dengan—
(a)
peniaga yang diberi kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 4 Akta;
(b)
bank saudagar berlesen; atau
(c)
institusi kewangan bukan pemastautin yang membuat suatu perkiraan swap sandar-menyandar dengan peniaga yang diberi kuasa atau bank saudagar berlesen.
Dibuat 14 September 2012
[BNM/JUN/1119/15/89 ; PN(PU2) 206/III]
TAN SRI DATO' SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Pengawal Pertukaran Wang Asing
P.U. (A) 307 4
EXCHANGE CONTROL ACT 1953
EXCHANGE CONTROL (ASEAN INFRASTRUCTURE FUND) (EXEMPTION) ORDER 2012