Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hentian pengangkutan awam” termasuklah mana-mana tempat bagi membeli tiket atau bagi naik dan turun mana-mana pengangkutan awam;
“hospital” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana orang yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi penginapan, rawatan dan penjagaan orang yang memerlukan apa-apa bentuk perkhidmatan jagaan kesihatan, dan termasuklah kawasan tanah yang di atasnya bangunan itu terletak dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengan bangunan itu;
“institusi pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain sama ada swasta atau awam yang dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah suatu tadika;
3
“institusi pendidikan tinggi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
“kaunter perkhidmatan” ertinya suatu bahagian atau suatu kawasan sesuatu tempat atau bangunan yang urusan menyediakan perkhidmatan kaunter kepada awam dijalankan;
“kawasan rehat dan rawat” ertinya tempat rehat dan kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya, Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi lain yang dinamakan
‘kawasan rehat dan rawat’,
‘R&R’
atau
‘hentian sebelah’;
“kedai berhawa dingin” ertinya mana-mana kedai yang berhawa dingin yang menawarkan atau menjual barang keluaran pengguna atau perkhidmatan kepada orang awam;
“kenderaan awam” ertinya mana-mana kenderaan yang membawa penumpang yang membayar tambang, yang digunakan di darat, air atau udara;
“klinik”
ertinya mana-mana bangunan yang digunakan oleh
Kerajaan, pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50], pengamal pergigian yang didaftarkan di bawah Akta Pergigian 2018 [Akta 804], atau mana-mana orang lain bagi diagnosis atau rawatan orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, mengalami atau dipercayai mengalami apa-apa kecederaan atau mengalami atau dipercayai mengalami apa-apa kelemahan tubuh atau akal, dan termasuklah kawasan tanah yang di atasnya bangunan itu terletak dan mana-mana tanah bersebelahan yang digunakan berkaitan dengan bangunan itu;
“kompleks membeli-belah” ertinya mana-mana bangunan yang di dalamnya terdapat rangkaian kedai yang menawarkan atau menjual barang keluaran pengguna atau perkhidmatan pengguna kepada orang awam;
4
“kompleks sukan” ertinya mana-mana kawasan atau premis yang digunakan bagi aktiviti sukan;
“lapangan terbang”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3];
“menara cerapan” ertinya suatu struktur termasuk bumbung yang dibina bagi tujuan memerhati flora dan fauna dalam suatu kawasan taman negara atau taman negeri;
“perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuk—
(a)
perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan bersekutu, farmasi, dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;
(b)
tempat tinggal bagi maksud mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana hospital;
(c)
apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis, atau merawat orang yang menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
(d)
apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;
(e)
apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana separa profesional jagaan kesihatan;
(f)
perkhidmatan untuk mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau 5
(g)
apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;
“premis kerajaan” ertinya mana-mana premis yang dimiliki atau dihuni oleh
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri;
“pusat hiburan” ertinya mana-mana premis atau tempat yang hiburan awam diadakan dan orang awam dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran;
“taman awam” ertinya suatu kawasan lapang bagi tujuan beriadah dan rekreasi yang mengandungi landskap lembut atau kejur, atau kedua-duanya, seperti laluan pejalan kaki, padang permainan, gelanggang permainan dan taman permainan ;
“taman negara” ertinya suatu kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negara di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara (Kelantan)
[En. 14 Tahun 1938], Enakmen Taman Negara (Pahang) [En. 2 Tahun 1938] atau
Enakmen Taman Negara (Terengganu) [En. 6 Tahun 1358];
“taman negeri” ertinya suatu kawasan yang telah diwartakan sebagai taman negeri, tanah rizab atau hutan simpan kekal di bawah Enakmen Perhutanan Negara
(Pemakaian) 1985 [En. No. 11 Tahun 1985] (Kelantan), Enakmen Perhutanan Negara
(Pemakaian) 1987 [En. No. 1 Tahun 1988] (Perlis) atau Enakmen Perbadanan Taman Negeri
Perak 2001 [En. No. 10 Tahun 2001] (Perak);
“tapak perkhemahan” ertinya suatu tapak khas yang digunakan bagi mendirikan khemah bagi aktiviti perkhemahan termasuk apa-apa bangunan dalam tapak berkenaan;
“teater” ertinya mana-mana premis yang digunakan bagi persembahan atau pertunjukan apa-apa lakonan pentas, atau apa-apa pertunjukan atau resital muzik, nyanyian atau tarian atau apa-apa pertunjukan filem atau apa-apa peraduan, pertandingan sukan, pameran, lakonan aneka ragam atau keraian lain, yang orang awam dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran;
6
“tempat kerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514];
“tempat latihan khidmat negara” ertinya mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Latihan Khidmat Negara melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah subseksyen 17(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628];
“tempat makan” ertinya mana-mana premis, sama ada di dalam atau di luar sesuatu bangunan, yang makanan disediakan, dihidang atau dijual dan termasuklah —
(a)
mana-mana bilik atau kawasan di dalam sesuatu kapal atau kereta api yang makanan disediakan, dihidang atau dijual;
(b)
mana-mana kawasan di dalam sesuatu kenderaan yang makanan disediakan, dihidang atau dijual, dan mana-mana kawasan sekitar dalam lingkungan jarak tiga meter dari kenderaan itu; dan
(c)
mana-mana kawasan dalam lingkungan jarak tiga meter dari mana-mana meja atau kerusi yang diletakkan bagi tujuan untuk menyediakan, menghidangkan atau menjual makanan; dan
“titian kanopi” ertinya suatu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menghubungkan pokok termasuklah tempat rehat.
Pengisytiharan kawasan atau tempat larangan merokok