Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (ORANG BERLESEN) 2024

Seksyen 2

Dalam Perintah ini, “standard pemeriksaan” ertinya standard pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Kelayakan dan standard kekompetenan orang yang diambil kerja sebagai pemeriksa oleh orang berlesen 3.

(1)

Orang yang diambil kerja oleh orang berlesen sebagai pemeriksa loji yang menghendaki perakuan kelayakan hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia yang diperakui sihat dan berupaya untuk menjalankan pemeriksaan loji oleh pengamal perubatan berdaftar dan—

(a)

pernah berkhidmat tidak kurang daripada tiga tahun sebagai pegawai dalam Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kilang dan Jentera; atau

(b)

tertakluk pada subperenggan (2)—

(i)

hendaklah memegang ijazah kejuruteraan yang diiktiraf oleh

Agensi Kelayakan Malaysia dan mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam pengendalian loji yang

3

menghendaki perakuan kelayakan yang berkaitan dengan loji yang dia diambil kerja untuk memeriksa; atau

(ii)

hendaklah memegang diploma kejuruteraan yang diiktiraf oleh

Agensi Kelayakan Malaysia dan mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada lima tahun dalam pengendalian loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang berkaitan dengan loji yang dia diambil kerja untuk memeriksa.

(2)

Jika seseorang memenuhi kelayakan dalam subsubperenggan (1)(b), orang itu juga hendaklah—

(a)

mempunyai sekurang-kurangnya

Sijil

Kemahiran

Malaysia,

Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran

Malaysia yang berhubungan dengan pemeriksaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan di bawah Akta Pembangunan

Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];

(b)

telah diperakui sebagai pemeriksa berhubung dengan pengendalian atau pemeriksaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan daripada badan pensijilan yang diakredit atau diiktiraf oleh

Jabatan Standard Malaysia; atau

(c)

mempunyai pengalaman sebagai orang kompeten dalam pengendalian atau pemeriksaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan dan pendaftarannya sebagai orang kompeten tidak pernah dibatalkan di bawah seksyen 31F Akta.

Kuasa pemeriksa yang diambil kerja oleh orang berlesen semasa pemeriksaan

Section 2 — PERINTAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (ORANG BERLESEN) 2024