Seksyen 4
of Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Orang Berlesen) 2024
P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 4
Orang yang diambil kerja oleh orang berlesen untuk memeriksa loji yang menghendaki perakuan kelayakan boleh melaksanakan semua atau mana-mana yang berikut:
4
(a)
memasuki mana-mana tempat kerja yang loji yang menghendaki perakuan kelayakan dipasang;
(b)
meneliti apa-apa dokumen yang berhubungan dengan loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang hendak diperiksa; dan
(c)
menjalankan pemeriksaan mengikut standard pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.