Seksyen 2
Jadual Pertama kepada Akta dipinda dalam perenggan (12)—
of Perintah Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan Jadual Pertama) (No. 2) 2018
(a)
dalam subperenggan (i), dengan memotong perkataan "atau" di hujung subperenggan itu;
(b)
dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan "atau" di hujung subperenggan itu;
(c)
dalam subperenggan (iii), dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan itu dengan perkataan "; dan"; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subperenggan (iii) subperenggan yang berikut:
“(iv) seseorang pekerja asing, kecuali—
(a)
orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990];
(b)
orang yang-
(i)
memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;
(ii)
dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan
(iii)
dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; dan
(c)
orang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.".
Dibuat 21 Disember 2018 [KSM/PUU(S)600-1/2/11/6Jld.2; PN(PU2)58/XXII]
M. KULASEGARAN
Menteri Sumber Manusia
EMPLOYEES' SOCIAL SECURITY ACT 1969
EMPLOYEES' SOCIAL SECURITY (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) (No.2) ORDER 2018