Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA MALAYSIA LNG SDN. BHD., BINTULU, SARAWAK) 2021
Seksyen 2
Pengecualian
Semua bejana tekanan tidak berapi yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran yang dinyatakan dalam ruang
(1)
Jadual, atas nama Malaysia LNG Sdn. Bhd., Bintulu, Sarawak yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, adalah dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah peraturan 20 Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas)
(Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014 [P.U. (A) 96/2014] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya bagi tempoh tiga bulan selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2).
Syarat pengecualian