Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengecualian
Semua jentera yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual, atas nama
Malaysia LNG Sdn. Bhd., Bintulu, Sarawak, yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(b)
Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan
Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3)
Jadual.