Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA PETROLIAM NASIONAL BERHAD) 2013
Seksyen 2
Pengecualian
Semua jentera luar pesisir yang dimiliki oleh Petroliam Nasional Berhad, yang disebut dalam seksyen 3 Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144], dikecualikan daripada pemakaian seksyen 19 dan 36 Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139], dan Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970
[P.U. (A) 43/1970].