Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA PETROLIAM NASIONAL BERHAD) 2013

Seksyen 3

Syarat pengecualian

Pengecualian di bawah perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah melibatkan Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan dalam perancangan kerja tahunannya mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

(b)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah mengemukakan perancangan kerja tahunannya termasuk penetapan petunjuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada setiap tahun bagi maksud pemantauan;

P.U. (A) 106 3

(c)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah melibatkan Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan dalam tiap-tiap aktiviti penentusahan di peringkat pengurusan tertinggi bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan;

(d)

Satu Jawatankuasa Kerja Bersama yang anggotanya adalah daripada Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Petroliam Nasional Berhad hendaklah ditubuhkan bagi maksud komunikasi, perbincangan dan membuat keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dan penyenggaraan dan pemeriksaan jentera luar pesisir;

(e)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah memberi Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan hak untuk menentukan dan mengesahkan pemeriksa yang layak untuk memeriksa integriti jentera;

(f)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah membenarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjalankan audit atau pemeriksaan ke atas mana-mana premis pada bila-bila masa demi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

(g)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah melibatkan Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan dalam tiap-tiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti penutupan dan pembaikpulihan jentera luar pesisir; dan

(h)

Petroliam Nasional Berhad hendaklah bekerjasama dengan Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi apa-apa maksud berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan luar pesisir.

P.U. (A) 106 4

Dibuat 20 Mac 2013

[KSM/PUU/T/01/02/03 Jld. 21; PN(PU2)235/XXXVI]

DATUK SERI DR. SUBRAMANIAM A/L K. V. SATHASIVAM

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 106 5

FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967

FACTORIES AND MACHINERY (EXEMPTION TO PETROLIAM NASIONAL BERHAD) ORDER

2013

Section 3 — PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA PETROLIAM NASIONAL BERHAD) 2013