Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA PETRONAS CHEMICALS DERIVATIVES SDN. BHD., KERTIH, TERENGGANU) 2020

Seksyen 2

Pengecualian

Semua jentera yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual, atas nama

PETRONAS Chemicals Derivatives Sdn. Bhd., Kertih, Terengganu yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, adalah dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(a) dan (b) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu pada 8 Ogos 2020.

Section 2 — PERINTAH KILANG DAN JENTERA (PENGECUALIAN KEPADA PETRONAS CHEMICALS DERIVATIVES SDN. BHD., KERTIH, TERENGGANU) 2020