Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengecualian
Semua bejana tekanan tidak berapi yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2)
Jadual, atas nama Petronas Gas Berhad, Centralised Utility Facilities (CUF), Gebeng,
Pahang yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(b) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu,
Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual.